Kehidupan awal dan pendidikan (1947–1967) Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim berucap

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[7] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Bapanya ialah Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman ialah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Manakala ibunya ialah Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita. Pada 26 Februari 1980, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail, seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Wan Azizah dikurniakan seramai 6 cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Beliau juga mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).[8][9][10][11][12]

Rujukan

WikiPedia: Anwar Ibrahim http://www.smh.com.au/opinion/politics/outdated-po... http://www.abc.net.au/news/2012-08-18/an-anwar/420... http://www.abc.net.au/news/2013-05-07/extended-int... http://www.abc.net.au/news/2014-03-07/an-malaysian... http://www.radioaustralia.net.au/news/stories/2008... http://www.aljazeera.com/indepth/spotlight/malaysi... http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2008/09... http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2012/01... http://www.amazon.com/Asian-Renaissance-Anwar-Ibra... http://www.anwaribrahim.com/